Malam semalam, terasa amat sakit pada tapak kaki yang sakit. Saya telah mengambil ubat tahan sakit seperti yang tertera dibawah.
Kesakitan tersebut menyebabkan saya tak mampu berjalan sendiri. Mujurlah ada isteri yang membantu. Setelah mengambil ubat tahan sakit voren dan goutnil, biasanya sakit akan berkurangan setelah 4 jam. Namun, kesakitan masih dirasai. Kemudian,saya mengambil ubat radang dan setelah 2 jam selepas itu, kesakitan berkurangan. Tetapi, masih terasa sakit ketika berjalan.
Pada hari ini,18 November 2013, saya teruskan mengambil ubat larutan seperti semalam iaitu pada jam 6 pagi dan yang terbaharu pada jam 12 tengah hari tadi.


No comments:
Post a Comment