Malam semalam, terasa amat sakit pada tapak kaki yang sakit. Saya telah mengambil ubat tahan sakit seperti yang tertera dibawah.
Kesakitan tersebut menyebabkan saya tak mampu berjalan sendiri. Mujurlah ada isteri yang membantu. Setelah mengambil ubat tahan sakit voren dan goutnil, biasanya sakit akan berkurangan setelah 4 jam. Namun, kesakitan masih dirasai. Kemudian,saya mengambil ubat radang dan setelah 2 jam selepas itu, kesakitan berkurangan. Tetapi, masih terasa sakit ketika berjalan.
Pada hari ini,18 November 2013, saya teruskan mengambil ubat larutan seperti semalam iaitu pada jam 6 pagi dan yang terbaharu pada jam 12 tengah hari tadi.
Sunday, 17 November 2013
Bermula hari ini, 17 Nov 2013, saya mengambil ubat berbentuk minuman yang bernama U-Lite effervescent granules. Ia adalah urinary alkalinizer dan bebas gula. Ubat ini di keluarkan oleh Winwa Medical sdn bhd. Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sachets yang mengandungi serbuk untuk di larutkan dalam air.
Kandungan ubat.
Inilah dia larutan ubat tersebut.
Cara pengambilan ubat:
4 kali sehari , lebih kurang setiap 6 jam. Sebelum makan.
Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Kesan pengambilan:
Tengah tapak kaki sebelah kanan berdekatan tumit terasa sakit ketika berjalan. Sendi-sendi jari juga ada rasa sakit.
Tekanan darah:
134/94 tgn kiri.
Tiada ubat thn sakit yg diambil.
Saturday, 16 November 2013
Intro
Saya berumur 37 tahun. Saya punya masalah kesihatan seperti darah tinggi dan tinggi asid urik di dalam darah. Pelbagai rawatan yang pernah saya ambil untuk menyelesaikan masalah kesihatan saya. Penyakit ini saya telah alami sejak 8 tahun yang lalu. Pengambilan ubat saya tidak konsisten. Namun, setelah berkahwin saya mengambil ubat darah tinggi ini secara konsisten. Saya telah mengambil ubat darah tinggi berjenama Norvask 10 mg setiap malam. Bacaan tekanan darah tinggi saya kini 140/100. Doktor menasihati saya supaya menurunkan lagi bacaan bawahnya sekurang-kurangnya bawah 90. Penyakit saya yang kedua pula ialah gout. Gout menyerang saya sejak tajun 2006 hingga kini. Sehingga sekarang saya mencari-cari penawar untuk penyakit ini. Di dalam jurnal ini, saya bakal menceritakan dan catatkan apa jua dapatan yang saya peroleh dalam usaha saya merawat dan menyembuhkan penyakit ini pada masa dan waktu yang benar. Selagi ajal belum datang, insyaallah saya akan terus berjuang. Saya memohon para pembaca blog saya ini sama-sama mendoakan kesembuhan penyakit saya ini. Sesiapa yang senasib dengan saya,bolehlah kita berkongsi maklumat dalam blog ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita dan yang baik dari Allah.

Subscribe to:
Comments (Atom)