Intro
Saya berumur 37 tahun. Saya punya masalah kesihatan seperti darah tinggi dan tinggi asid urik di dalam darah. Pelbagai rawatan yang pernah saya ambil untuk menyelesaikan masalah kesihatan saya. Penyakit ini saya telah alami sejak 8 tahun yang lalu. Pengambilan ubat saya tidak konsisten. Namun, setelah berkahwin saya mengambil ubat darah tinggi ini secara konsisten. Saya telah mengambil ubat darah tinggi berjenama Norvask 10 mg setiap malam. Bacaan tekanan darah tinggi saya kini 140/100. Doktor menasihati saya supaya menurunkan lagi bacaan bawahnya sekurang-kurangnya bawah 90. Penyakit saya yang kedua pula ialah gout. Gout menyerang saya sejak tajun 2006 hingga kini. Sehingga sekarang saya mencari-cari penawar untuk penyakit ini. Di dalam jurnal ini, saya bakal menceritakan dan catatkan apa jua dapatan yang saya peroleh dalam usaha saya merawat dan menyembuhkan penyakit ini pada masa dan waktu yang benar. Selagi ajal belum datang, insyaallah saya akan terus berjuang. Saya memohon para pembaca blog saya ini sama-sama mendoakan kesembuhan penyakit saya ini. Sesiapa yang senasib dengan saya,bolehlah kita berkongsi maklumat dalam blog ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita dan yang baik dari Allah.
Assalam..gout x tau la ubatnya apa..tp drh tgi lebih baik guna herba alami...minum air peria katak...blend minum tiap hari..x elok mkn ubat drh tgi...
ReplyDelete